Chat Toggle

Donation

Wakaf - Bahan Binaan

Marilah lakukan Amal Jariyah anda bersama Masjid Darul Makmur.

Amal jariyah, atau juga disebut sebagai suatu amalan atau perbuatan yang berbuah pahala tanpa terputus, dan salah satu contoh amal jariyah yang boleh dilakukan adalah membangun sebuah masjid.

Masjid merupakan rumah ibadah yang tentunya terdapat banyak keberkahan, dan pahala bagi orang yang membangun masjid ini akan secara terus menerus mengalir meskipun penderma sudah meninggal.

Jaminan untuk orang yang sudah membangun masjid pun adalah ganjaran tempat terbaik di surga. Bahkan, Allah SWT akan membuatkan rumah khusus untuknya di syurga nanti.

“Barangsiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana Allah walau sekecil apa pun, maka Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Tentunya amalan ini merupakan amalan-amalan baik yang sengaja diperbuat untuk semata-mata mengharapkan keredhaan dari Allah SWT.

Orang yang sentiasa beramal baik, adalah orang yang pahalanya dijamin oleh Allah SWT. Setiap amal dan kebaikan yang dibuat olehnya boleh membantu mereka di dunia dan di akhirat.

Sedekahlah kepada Dana Peningkatan Masjid Darul Makmur, setiap lot kepada Wakaf Bahan Binaan adalah sumbangan sebanyak $1000.

Share