Chat Toggle

Sale

Jualan Buku Amal

Terima kasih kerana ingin mendapatkan buku ini sambil beramal untuk Dana Peningkatan Masjid Darul Makmur.

Penghantaran akan dibuat melalui J&T Express dan akan mengambil masa 3 - 4 hari kerja selepas transaksi anda telahpun disahkan.

Kos penghantaran $3.00 akan dimasukkan kedalam jumlah bayaran untuk 1 & 2 buku, dan $6.00 untuk 4 buku, sewaktu anda melakukan bayaran.

Kami dahulukan dengan ucapan Jazakumullah Khairan Jaza’ dan kami mendoakan agar Allah SWT mengurniakan pahala yang berlipat-kali ganda kepada anda penderma kami.

Sinopsis buku - "Saat Cakerawala Bersujud"

Buku ini ialah saduran daripada Kuliah Tafsir Surah Yusuf yang disampaikan penulis di antara April 2018 dan September 2018, di Masjid Darul Makmur, Singapura.

Kisah riwayat Nabi Yusuf tidak pernah habis diperkatakan dan dibentangkan sepanjang sejarah. Surah Yusuf juga telah mengundang ratusan, kalau tidak ribuan, tafsiran serta kupasan akan maksud ayat-ayatnya yang begitu indah.

Namun, hembusan iman yang meniup kesegaran ke dalam jiwa insan daripada lembaran-lembarannya tiada pernah pudar, dan selamanya tak akan hambar.

Buku ini diolah untuk menjadi bacaan umum, dengan gaya bahasa yang diharapkan dapat mengekalkan minat pembaca untuk terus mengikuti perjalanan hidup Nabi Yusuf dari awal buku ini hingga ke akhirnya.

Semoga ia berjaya menganjakkan persepsi pembaca terhadap Nabi Yusuf, daripada seorang tokoh yang dikagumi ketampanan wajahnya, kepada seorang idola yang dicemburui akhlaknya dan diteladani contoh ketabahan hatinya.

Yusuf
Dari riba ayah seorang Nabi

Ke dasar telaga penuh ngeri
Ke gedung mewah seorang menteri
Ke penjara membenteng maruah diri
Hingga menjadi pembesar negeri
Atas bawah rendah dan tinggi
Putaran roda tak pernah henti
Demi melukis angan dan mimpi
Adalah hikayat kita sendiri

...

Target

1 set Buku Amal

Collected

94

SGD 50.00

6

Total: SGD 0.00


Share