General Donations
Sedekah merupakan pemberian berupa wang atau harta yang dibelanjakan untuk kebaikan dan kebajikan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.
Keutamaan sedekah yang pertama, ia pasti akan diganti dan dibalas oleh Allah Swt. Allah akan mengganti sedekah itu segera di dunia. Dan Allah akan memberikan balasan dan ganjaran di akhirat kelak.
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki"
[Surah Saba 34:9]
Sokonglah kegiatan dan program program Dakwah serta kemasyarakatan yang dianjurkan Masjid Darul Makmur, dan keseluruhan operasi harian Masjid Darul Makmur dengan sumbangan anda.
Kami dahulukan dengan ucapan Jazakumullah Khairan Jaza’ dan kami mendoakan agar Allah SWT mengurniakan pahala yang berlipat-kali ganda kepada anda penderma kami.