Chat Toggle

Donation

Hotmeals

Tahukah Anda?

Pada hari Ahad ke 3 setiap bulan, Masjid Darul Makmur dengan sokongan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Nee Soon East dan Chong Pang, akan mengagihkan makanan tengahari atau 'hotmeals' ke 3 blok sewa di kejiranan Yishun.

Dari rumah ke rumah, membagi kepada keluarga memerlukan, tanpa mengira kaum dan agama, Masjid Darul Makmur menyimpan hasrat untuk memperluaskan lagi usaha ini agar dapat mendampingi lebih ramai insan yang memerlukan pada masa hadapan.

Inilah peluang bantuan tambahan bagi relawan dan kami juga berharap usaha ini akan dapat menambah sikap prihatin dan ihsan, sumbangan tajaan anda amat dialu-alukan.

Kami dahulukan dengan ucapan Jazakumullah Khairan Jaza’ dan kami mendoakan agar Allah SWT mengurniakan pahala yang berlipat-kali ganda kepada anda penderma kami.

Share