Chat Toggle

Sale

Jualan Buku Amal - Pakej Eksklusif

Dapatkan Pakej Eksklusif 10 Buku!

Hadiahkan kepada rakan dan keluarga anda!

1) Setiap buku akan ditandatangani oleh penulis, Ustaz Mohamed Fatris

2) Penghantaran percuma ke depan pintu rumah oleh pegawai masjid bersama penulis

3) Peluang bergambar bersama penulis

Janji temu akan dibuat untuk penghantaran Pakej Eksklusif ini.

 

Terima Kasih Diatas Sokongan Anda. Jazakumullah Khair.
- Dari Wargakerja Masjid Darul Makmur

Sinopsis buku:

Buku ini ialah saduran daripada Kuliah Tafsir Surah Yusuf yang disampaikan penulis di antara April 2018 dan September 2018, di Masjid Darul Makmur, Singapura.

Kisah riwayat Nabi Yusuf tidak pernah habis diperkatakan dan dibentangkan sepanjang sejarah. Surah Yusuf juga telah mengundang ratusan, kalau tidak ribuan, tafsiran serta kupasan akan maksud ayat-ayatnya yang begitu indah.

Namun, hembusan iman yang meniup kesegaran ke dalam jiwa insan daripada lembaran-lembarannya tiada pernah pudar, dan selamanya tak akan hambar.

Buku ini diolah untuk menjadi bacaan umum, dengan gaya bahasa yang diharapkan dapat mengekalkan minat pembaca untuk terus mengikuti perjalanan hidup Nabi Yusuf dari awal buku ini hingga ke akhirnya.

Semoga ia berjaya menganjakkan persepsi pembaca terhadap Nabi Yusuf, daripada seorang tokoh yang dikagumi ketampanan wajahnya, kepada seorang idola yang dicemburui akhlaknya dan diteladani contoh ketabahan hatinya.

Yusuf
Dari riba ayah seorang Nabi

Ke dasar telaga penuh ngeri
Ke gedung mewah seorang menteri
Ke penjara membenteng maruah diri
Hingga menjadi pembesar negeri
Atas bawah rendah dan tinggi
Putaran roda tak pernah henti
Demi melukis angan dan mimpi
Adalah hikayat kita sendiri

...

Target

1 set Pakej Eksklusif

Collected

20

SGD 500.00

0

Total: SGD 0.00


Share